Pemandu Lexus positif dadah yang terbabit dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Lebuhraya Bukit Jalil, dari arah bangunan Astro menghala ke bulatan Lumba Kuda dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 13, semalam.
Pertuduhan kes dibuat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Pemuda berbangsa cina itu tidak mengaku salah dan telah dijamin RM 10,000 dengan seorang penjamin warganegara.
Sebelum ini, media melaporkan pemandu yang berumur 40 tahun itu hilang kawalan lalu melanggar enam buah kenderaan yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan.
Kemalangan tersebut hanya menyebabkan kerosakan kepada kenderaan yang terlibat dan tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mana – mana pihak.
Hasil dari pemeriksaan tersebut mendapati suspek positif dadah jenis ganja (THC).