Kita sering diingatkan untuk membayar hutang sesama manusia. Kerana hutang manusia dibawa hingga ke mati dan perlu dilunaskan oleh waris.
Isu ini sering dikaitkan dengan pinjaman wang. Bagaimana pula dengan saman yang tidak dilunaskan. Adakah ia turut dianggap hutang dan apakah hukum jika tidak membayar saman?.
Hukum tak bayar saman
Jawapan kepada persoalan itu boleh didapati di akaun Youtube Ustaz Azhar Idrus (UAI).
“Apabila disaman, hukum dia suruh kita bayar tak?. Bayar sajalah.
“Tapi kalau nak tanya hukum islam, dia lain. Bila kita kena saman, sama ada saman kastam, jabatan pertanian atau apa sajalah. Ikut terma setiap saman yang dikeluarkan itu ada terma dia.
“Saman ini jika tidak dibayar begini kalau dibayar begini. Ada saman yang jika kita tak bayar tak boleh dalam Islam kerana awak lakukan kesalahan yang dalam Islam juga kesalahan itu dianggap berat.
“Contoh langgar lampu merah yang menyebabkan orang lain yang guna hijau semua eksiden awak punya pasal.
“Maka awak disaman awak berhak didenda dari segi agama juga bukan sahaja dari segi pemerintah, itu wajib bayar,” jelas beliau.
Video Hukum Tak Bayar Saman – UAI