Tahun lalu, Indonesia melancarkan Honda WR-V dan kemudian bulan lalu, pengedar rasmi jenama tersebut mengesahkan bakal mengeksport SUV tersebut ke dua negara di benua Asia bagi pemanduan sebelah kanan.
Bagaimana pula dengan pasaran tempatan?. Honda Malaysia mengesahkan tahun ini bakal membawa masuk tiga model baharu dan sebuah lagi model facelift.
Salah satu model baharu yang bakal dipasarkan adalah Honda WR-V iaitu pesaing kepada Perodua Ativa. Honda Malaysia mengesahkan SUV kompak itu bakal dilancarkan suku ketiga tahun ini tanpa mendedahkan maklumat terperinci.
Sebelum ini, imej intip SUV itu menjalani ujian enduran dikongsi oleh pengguna media sosial.
Berdasarkan informasi yang kami diterima, dipercayai SUV itu dilihat memandu mendaki Genting Highlands dan ujian dijalankan pada sebelah malam.
Buat masa ini, masih belum diketahui varian yang bakal dipasarkan ke pasaran Malaysia. Bagaimanapun, baru-baru ini Thailand melancarkan WR-V.
Thailand membawa masuk model pemasangan tempatan (CKD) Asean dari Indonesia menerusi dua pilihan varian iaitu SV dan RS pada harga masing-masing THB799,000 (RM103,072) dan THB 869,000 (RM112,102).
Sementara, Indonesia pula menerima tiga pilihan varian iaitu E, RS dan RS+Honda Sensing pada harga bermula dari RM82k hingga RM93k.