Toyota Yaris facelift debut di Thailand, harga mula RM72k

1549

Toyota Motor Thailand mendedahkan Toyota Yaris versi facelift menerusi  beberapa perubahan rekaan signifikan.

Yaris pertama kali diperkenalkan di pasaran Asean pada 2013 dan versi facelift major diperkenalkan empat tahun kemudian diikuti versi seterusnya pada 2020.



Fascia hujung depan lebih menyerlah menerusi inspirasi rekaan ‘kepala tukul’ Toyota masa kini. Sementara, rekaan bampar lebih agresif menerusi garisan dan sudut tajam bersama apron bawah lebih lebar.

Bampar digabungkan kemas dengan lampu depan LED yang tajam bersama logo Toyota.   Sementara, lampu belakang kelihatan seperti dinaikkan bersama perubahan pada bampar bagi disesuaikan dengan lubang ekzos palsu. 

Lebih jauh ke bawah, anda akan menemui elemen seperti diffuser yang dipadankan dengan corak acah gentian karbon yang dikelilingi kemasan hitam sebagai pemantul baharu.

Warna badan Cement Grey Metallic menyertai Spicy Scarlet, Platinum White Pearl dan Red Mica Metallic dengan dua tona warna yang mana semuanya dengan bumbung hitam. Pilihan monoton termasuk Attitude Black Mica, Metal Stream Metallic, Urban Metal dan Platinum White Pearl.

Bahagian dalam kekal seperti sebelumnya dengan unit skrin sentuh 9-inci lebih besar buat varian Premium dan Premium S.

Skrin bersaiz 8-inci standard untuk Smart, manakala Sport mendapat skrin bersaiz 7-inci. Kesemua sistem infotainmen mendapat ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay kecuali 7-inci.

Selain itu, reka bentuk tempat duduk adalah baharu, kemasan bahan dikemas kini dan port USB-C.

Dari segi kelengkapan,  Yaris pasaran Thailand ditawarkan dengan rim 15-inci, kemasan tempat duduk fabrik atau kulit, paparan pelbagai maklumat Optitron 4.2 inci, kemasukan tanpa kunci dan penghidup enjin, empat atau enam pembesar suara, T-Connect telematik dan monitor pandangan panoramik.

Dua varian teratas (Premium dan Premium S) mendapat beberapa ciri keselamatan aktif seperti Sistem Pra-Perlanggaran (brek kecemasan autonomi), Amaran Tukar Lorong, Amaran Lalu Lintas Belakang dan Pemantauan Titik Buta.

Sistem pasif seperti VSC, kawalan cengkaman, bantuan permulaan bukit, ABS, EBD dan bantuan brek adalah standard.

Di bawah bonet, enjin 1.2 liter 4-silinder menghantar kuasa 92PS dan tork 109Nm bersama transmisi Super CVT-i.

Harga jualan hatchback berkenaan bermula dari RM72,145 hingga RM89,571.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here