Seekor kuda cedera dalam kemalangan dua kenderaan di KM251.9, Lebuhraya Pantai Timur 2, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan pada jam 9.14 pagi itu melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan belaku ketika pemandu lori berusia 34 tahun memandu di lorong kiri dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.
“Ford Ranger yang dipandu seorang pengurus datang dari lorong kanan untuk memotong, tetapi telah hilang kawalan.
“Pemandu lori yang tidak sempat mengelak telah melanggar belakang kereta kuda dan kuda yang terkejut telah keluar ke arah jalan raya.
“Kedua-dua kenderaan telah bergesel dan terbabas di besi penghadang jalan sebelah kiri,” katanya.
Jelasnya, kuda yang dikenali sebagai Riyadh itu berlari sejauh 5km sebelum dijinakkan oleh pengurus dan ditangkap semula setelah keadaan terkawal.
“Kuda mengalami luka ringan di bawah badan dan kini di transit di Pan Endurance Stable, Cherating, Pahang.
“Kuda tersebut adalah milik sebuah Kelab Benua Equestrian Stable, Serdang dan akan menyertai Program Piala Menteri Besar Terengganu pada 17 Mac ini,” jelasnya.
Kes kini disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.
@abelook kudaku lari gagah berani ..#LPT2 #terengganu #KUDA #mencalak