Semalam, Toyota Vios (2023) rasmi berlabuh ke pasaran tempatan. Model generasi keempat serba baharu itu didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu 1.5G dan 1.5E pada harga mula RM89,600.
Pesaing Honda City itu dijana oleh enjin 1.5-liter DOHC Dual VVT-i dengan transmisi tujuh kelajuan CVT Sequential Shiftmatic.
Selain perubahan luaran, Vios kini lebih lapang berkat casis DGNA. Bahkan, sedan pemasangan tempatan (CKD) itu merupakan kenderaan pertama menggabungkan teknologi terkini ketika proses pemasangan.
Bagaimana pula dengan kos penyelenggaraan selama 5-tahun pemilikan sedan segmen-B itu?. Ini kos servis Vios (NGC102) yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Toyota Motor.
SERVIS 1,000KM
- Minyak enjin sintetik (4L) :RM139
- Cecair pengelap cermin: RM3.00
- Pembasmi kuman (Noviruclean 3471): RM12.11
- Penapis minyak hitam: RM38.60
- Drain Plug Gasket: RM2.80
- Tiada caj buruh
Jumlah yang perlu dibayar adalah berdasarkan pilihan minyak hitam. Pelanggan yang memilih minyak pelincir sintetik perlu membayar harga pakej sebanyak RM185 dan RM215 (sintetik penuh).
PAKEJ ADVANCE
UMW Toyota menawarkan dua pakej servis iaitu Basic setiap 15,000km atau Advance setiap 10,000km. Kedua-dua pakej menawarkan jarak servis 10,000km.
Di bawah pakej Advance selang servis melibatkan perbatuan 10,000km, 20,000km, 30,000km, 50,0000km, 60,000km, 90,000km dan 100,000km.
Pada peringkat servis ini, penyelenggaraan melibatkan:
- Minyak enjin sintetik (4L) :RM139
- Cecair pengelap cermin: RM3.00
- Pembasmi kuman (Noviruclean 3471): RM12.11
- Penapis minyak hitam: RM38.60
- Drain Plug Gasket: RM2.80
- Caj buruh: RM97.50
- Cukai servis (6%): RM5.85
Pelanggan yang memilih minyak enjin sintetik perlu membayar harga pakej sebanyak RM295 dan RM325 (sintetik penuh).
PAKEJ BASIC
Pelanggan Vios yang memilih pakej ini, selang servis melibatkan perbatuan 15,000km, 25,000km, 35,000km, 45,000km, 55,000km, 65,000km, 75,000km, 85,000km dan 95,000km.
Komponen penyelenggaraan yang perlu ditukar adalah sama dengan pakej Advance. Cuma pakej ini tidak perlu menggantikan komponen penapis minyak hitam.
- Minyak enjin sintetik (4L) :RM139
- Cecair pengelap cermin: RM3.00
- Pembasmi kuman (Noviruclean 3471): RM12.11
- Drain Plug Gasket: RM2.80
- Caj buruh: RM65
- Cukai servis (6%): RM3.90
Pelanggan yang memilih minyak enjin sintetik perlu membayar harga pakej sebanyak RM215 dan RM245 (sintetik penuh).
SERVIS MAJOR
Servis major Toyota Vios melibatkan perbatuan 40,000km dan 80,000km di bawah pakej Advance Plus yang melibatkan servis:
- Minyak enjin sintetik (4L) :RM139
- Minyak brek (2): RM20
- Cecair pengelap cermin: RM3.00
- Pembasmi kuman (Noviruclean 3471): RM12.11
- Penapis minyak hitam: RM38.60
- Drain Plug Gasket: RM2.80
- Penapis pembersih udara: RM118.35
- Caj buruh: RM130
- Cukai servis (6%): RM7.80
Pelanggan yang memilih minyak enjin sintetik perlu membayar harga pakej sebanyak RM485 dan RM515 (sintetik penuh).
Selain itu, pelanggan juga perlu menggantikan komponen penapis minyak pada perbatuan 80,000km dengan kos sebanyak RM270.75. Penyelenggaraan penapis minyak melibatkan penggantian:
- Penapis, pam minyak: RM258.15
- Ring, O (pam minyak): RM12.60
Apabila mencapai 5-tahun pemilikan atau perbatuan 100,000km, pelanggan perlu menukar minyak transimisi CVT pada harga pakej RM280 dan palam pencucuh iridium sebanyak empat unit yang berharga RM270.
Servis minyak CVT melibatkan penggantian:
- Cecair CVT FE : RM218.50
- Gasket Drain Plug: RM2.80
- Caj buruh: RM65
- Cukai servis (6%): RM3.90
Jadi berapakah kos pemilikan 5-tahun Toyota Vios?. Berdasarkan pengiraan, sekiranya pemilik memilih Pakej Advance dan menggunakan minyak hitam sintetik, kos penyelenggaraan selama lima tahun Toyota Vios adalah RM4,040.75.