EMOS lancar Kawasaki Shah Alam: Pusat pameran lengkap dengan jualan, alat ganti dan servis

678

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) secara rasminya membuka pusat 4S perdananya, Kawasaki Shah Alam. 

Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan berkata, melihat kemudahan yang disediakan, ia bakal menjadi platform untuk komuniti Kawasaki untuk mengetahui pelbagai jenis produk inovatif secara mendalam.



“Kawasaki Shah Alam meliputi empat aspek perniagaan membabitkan Jualan, Alat Ganti, Servis dan Bilik Pameran. Ia dikategorikan sebagai bilik pameran Kawasaki All Star.

“Di sinilah peminat motosikal Kawasaki boleh menemui semua model dari berseseran 250cc ke pada masa hadapan, selain jentera off-road,” katanya pada majlis pelancaran pusat pameran itu, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kawasaki Shah Alam, Datuk Chear Kin Keong dan Ketua Pegawai Pemasaran EMOS, George Kashiwagi. Selain itu, majlis berkenaan dimeriahkan dengan 700 pemilik pelbagai jenis jenama motosikal.

Baca juga artikel berkaitan:

Roslan turut memaklumkan bakal mengembangkan operasi perniagaannya dengan membuka beberapa pusat pameran seperti itu pada masa akan datang.

Ia dibina dibangunan dengan keluasan 14,000 kaki persegi. Ia terletak No. 46, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here