Kisah menyentuh hati seorang warga emas Thailand yang dikenali sebagai Uncle Samsen, mengembara bersama 11 kucingnya tular di media sosial.
Uncle Samsen atau nama sebenar Choowong Thepkoh, 65 mengembara menggunakan motosikalnya dari Bangkok ke wilayah Isaan di Nakhon Ratchasima atau Korat. Perjalanan itu mengambil masa hampir 5-jam sejauh 300km.
Warga emas itu mula dikenali apabila ramai TikToker negara jiran berkongsi videonya dan memuji kasih sayang dan kebaikan terhadap haiwan.
Pak cik Samsen menyara hidup dengan menjual perhiasan di pasar lambak daerah Pom Prap Sattru Phai di Bangkok. Dia juga mengitar semula sampah dan menjual ke kilang kitar semula.
Kumpulan pencinta kucing juga membantunya dengan menyumbang makanan dan barang keperluan lain untuk haiwan-haiwan itu.
@bbombam09 น้อนนนน หน้าบูดเช่อะ 🤣 #ลุงสามเสน #ลุงสามเสนกับน้องแมว
Laman Facebook kucing popular, Kingdom of Tigers turut mengumpul dana untuk membeli sebuah motosikal roda tiga supaya dia boleh ke pasar bersama kucing-kucingnya.
Pada Jumaat lalu, laman web itu meminta orang ramai melindungi Pak cik Samsen sekiranya bertemu dengannya di jalanan. Lelaki itu ingin membawa kucing-kucingnya melawat Nakhon Ratchasima setelah meninggalkan bandar itu 26 tahun lalu.
Pasukan penyelamat di bandar Nakhon Ratchasima kemudian membantu menemani Pak cik Samsen sehingga dia tiba di destinasi tersebut pada jam 3.30 petang.
@kaning0905 ลุงมาโคราชแล้วค่าา วันนี้เจอลุงด้วย #ลุงสามเสนกับน้องแมว #ลุงสามเสน
Dalam satu wawancara bersama Amarin TV, dia berkongsi pergi ke Korat untuk menjual barangannya di pasar lambak tahunan, yang dihentikan sementara selama tiga tahun akibat pandemik.
Dia juga merindui rumahnya selepas meninggalkan Korat 26 tahun lalu dan membawa “anak-anaknya” (kucing) melawat tempat kelahirannya.
Choowong mempunyai sebuah syarikat pembinaan kecil yang muflis akibat krisis ekonomi pada 1997. Kerana tidak tahan dengan penghinaan dan keluhan jiran dan rakannya, dia meninggalkan rumah dan melancong ke Bangkok.
Pakcik Samsen mendedahkan telah lama meninggalkan rumah dan tidak menghubungi keluarganya. Dia tinggal di Bangkok dan menjual apa sahaja yang ditemui bagi membeli makanan untuk dirinya dan kucing.
Choowong berkata semua kucing tersebut adalah kucing jalanan dan dia menjaga serta membawa mereka ke mana sahaja bersama.
Choowong berkata dia menyayangi kucingnya dan tidak akan menjualnya. Dia berikrar untuk menjaga mereka walaupun kadangkala tidak makan.
“Seseorang pernah menawarkan untuk membeli Thong Kwak dengan harga THB 20,000 (RM2,592), tetapi saya enggan menjualnya, takut orang itu bosan menjaganya dan meninggalkannyam” katanya.