Proton S50 sah lancar hujung 2023, sedan segmen-C pengganti Preve

5832

Proton mengesahkan akan ada model serba baharu yang bakal menyertai rangkaian produk  tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong mengesahkan model tersebut akan dilancarkan hujung tahun ini.



“Model ini tidak akan menggantikan mana-mana model jualan sedia ada di pasaran,” katanya.

Kebarangkalian model yang dimaksudkan adalah Proton S50 iaitu sedan segmen-C yang diposisikan di atas Proton Persona.

Beliau juga menyatakan sedan tersebut merupakan salah satu daripada lapan model yang bakal diperkenalkan tahun ini. 

Berdasarkan imej intip yang bocor di media sosial, sedan berkenaan berasaskan Geely Emgrand yang menggunakan platform BMA yang juga digunakan oleh Bin Yue (X50).

Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm (lebar), 1,460 mm (tinggi) manakala jarak antara roda pula 2,650 mm.

Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

Bagaimanapun, Proton S50 kemungkinan akan dijana oleh enjin SUV X50 iaitu 1.5 liter tiga-silinder turbo yang menghasilkan kuasa 177PS dan tork 255Nm bersama kotak gear klac berkembar tujuh-kelajuan automatik 7DCT.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here