Aktifkan autopilot dan tidur, polis akan saman teman lelaki pempengaruh Gatita Tay

2034

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyaman teman lelaki pempengaruh tempatan Gatita Yan, Tay Wee Shen, kerana menggunakan autopilot sebelum tertidur ketika memandu di lebuhraya.

Menurut Sin Chew Daily, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihak polis akan menahan dan menyaman Tay.



Polis masih menyiasat keberadaan kedua-duanya, tidak pasti sama ada mereka masih berada di Ipoh.

Dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Mandarin, Yusri berkata perbuatan Tay menggunakan autopilot dan tidur adalah merbahaya dan menyalahi undang-undang.

Insiden itu terbongkar apabila DJ tempatan tersebut berkongsi video pendek menerusi Instagram story miliknya yang menunjukkan teman lelakinya tidur dan tangan tidak memegang stereng serta kaki tidak memijak pedal.

Bagaimanapun, perkongsian itu dipadam namun sempat dirakam oleh netizen. Yusri  berkata sudah mengarahkan bahagian trafik untuk menahan mereka.

Pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Pemandu dibenarkan untuk mengaktifkan fungsi pemanduan autonomi, tetapi mereka tidak boleh tidur semasa memandu, dan kedua-dua tangan mesti berada pada stereng pada setiap masa untuk memastikan keselamatan,” katanya.

Polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika ada orang yang didapati memandu tanpa memegang stereng. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here