Peminta sedekah naik Perodua Aruz

2223

Peminta sedekah buta ditemani pengiring yang datang meja ke meja di restoran mahupun kedai makan sambil menjual tisu adalah satu pemandangan biasa di ibu kota. 

@rozaidyeddy77 pehh padu #fyp ♬ bunyi asal – 🛑🕸Eddy77🕸🛑

Sifat rakyat Malaysia yang pemurah bahkan mudah simpati kadang kala menjadi lubuk kepada golongan ini sehinggakan ada yang mengambil kesempatan walaupun sihat tubuh badan.



Bagaimanapun, baru-baru ini pengguna Tik Tok berkongsi sepasang peminta sedekah menaiki Perodua Aruz berwarna putih selepas meminta sedekah. 

Lokasi rakaman video dipercayai sekitar Kuala Lumpur itu menunjukkan pasangan tersebut berjalan selepas meminta derma di sebuah restoran kemudian MPV menjemput mereka  tidak jauh dari lokasi tersebut.

Rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa malah ada yang beranggapan pekerjaan tersebut didalangi sindiket. 

“Sampai kat kereta buka pintu sendirije, tak butake, adoiii,” tulis Zunaidah Mohamad.

“Aku memang dah lama hilang hormat dekat golongan macam ini, pernah aku nampak mereka naik Toyota Estima sedangkan aku bawa Perodua Axia sahaja,” kata Naim Tajudin. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here