29 motor disita ubahsuai ekzos dan dua remaja ditahan palsukan nombor plat

746
Sebanyak 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 29 buah motosikal disita oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kuala Lumpur dalam operasi Operasi Motosikal di Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Razak.
 
Motosikal tersebut disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos) dan akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak JAS serta diarahkan mengubah ke struktur asal.
 
Selain itu, pihak berkuasa juga melakukan tangkapan terhadap dua orang remaja yang melakukan kesalahan dibawah Seksyen 29 (1) AKK 1955 dan akan dituduh dbawah Seksyen 108(3) APJ 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.
 
Operasi yang melibatkan seramai 85 kekuatan terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis JSPT KL susulan menerima aduan orang awam berkaitan ratusan remaja yang berkumpul dan membuat bising di kawasan KLCC setiap hujung minggu.
 
Sementara itu, Op Tutup turut dijalankan di sekitar Jalan Ampang , Jalan P. Ramlee , Jalan Yap Kwan Seng bermula jam 1.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 4.00 pagi.
 
Hasil dari pemantauan tindakan, lebih kurang 500 buah motosikal diperiksa. JSPT KL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan di sekitar Pusat Bandaraya serta menasihati ibu bapa memantau anak-anak. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here