Gaji hanya RM1.5k, pemuda kecewa ibu bapa desak beli Honda

2376

Di Malaysia, memiliki sebuah kereta menjadi simbol status individu. Terutamanya penduduk bandar yang menjadikan kenderaan sebagai kayu pengukur kepada kejayaan dan kemewahan.

Budaya ini tidak sihat dalam kalangan masyarakat kerana ada segelintir individu yang tidak mampu namun sanggup memilih kenderaan mewah hanya kerana status sosial. 



Seorang pemuda berkongsi rasa kecewa di Twitter berkaitan desakan ibu bapanya agar membeli kenderaan jenama luar negara lebih tepat Honda.

Dia menjadikan platform media sosial itu untuk meluahkan perasaan dan meminta pendapat warga maya berkaitan masalah yang dihadapi.

“Dengan gaji 1500 ibu bapa saya selalu mendesak untuk saya beli Honda. Kereta idaman katanya. Tapi saya tahu saya tak mampu.

“Saya jadi sedih sebab diaorang selalu bercakap pasal anak orang lain yang berjaya,” tulisnya. 

Netizen bersimpati dengan situasi yang dihadapi pemuda berkenaan kerana pinjaman sewa beli yang menjangkau hingga 9-tahun kadang kala membebankan segelintir peminjam.

“Saya sebagai anak berharap ibu bapa kat luar sana daripada bercakap bila nak pakai Honda, bila nak keje lain boleh beli Honda, mungkin lagi baik jika cakap ibu doakan awak kerja bagus dapat beli Honda,” luahnya. 

HONDA CITY PALING MURAH

Sebagai contoh, Honda City merupakan model paling murah yang dijual pada harga kira-kira RM77,600. Bagi mendapat Honda City Spemuda tersebut perlu memiliki tangga gaji sekitar RM3,000. 

Berdasarkan kiraan kasar Motoqar, dengan deposit 10 peratus (RM7,760) dan pinjaman sembilan tahun (faedah 3 peratus), bayaran bulanan adalah sekitar RM821.

Pemilik juga perlu mengambilkira perbelanjaan petrol, parkir, tol, cukai jalan dan servis berjadual. Bagaimana pula dengan kos hidup misalnya, bil telefon, makan, minum, sewa rumah dan sebagainya.

Kemungkinan baki yang tinggal hanya ‘cukup’ menanti gaji bulan seterusnya. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersimpati dan berkongsi pengalaman yang sama. 

“I pun mcm ni. Last last i apply je tapi tak proceed pun. Apply depan diaorg, tapi bila agent/bank call, i sorok-sorok cakap tak nak proceed lepastu i cakap je kat parents, loan tak lepas. Ni syaratnya, you kena cari agent sendiri. Kalau ayah yg carikan confirm tak jadi,” kata Luna Standall.

“Parents aku pun mcm ni dulu, suruh beli jazz. and ya alhamdulillah now 3 tahun pakai. Tapi sangat struggle yee. no belanja-belanja for yourself. even duit utk diorg pun aku tak bgi sebab struggle. diorg tanya nape tak bgi duit memang aku menjawab. Nak sangat pakai honda,” kongsi yxsmine

“As a car salesperson, byk aku jumpa customers yg ade prob ni. Anak² bijak pandai ukur baju di badan sendiri, tp tak dpt nak lari drpd ‘arahan’ mak bapak. Aku yg menjual pun serba salah. Aku akan seboleh-boleh advice anak-anak cara nak ‘tackle’ mak pak macam ni. Beli tak beli tu blkg cerita,” kata Naddenut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here