Ganti Akio Toyoda, kebangkitan Toyota Celica ‘impian hidup’ Presiden baharu Toyota, Koji Sato

763

Presiden Toyota Motor Corporation (TMC), Akio Toyoda meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 April dan posisi itu diambilalih oleh Koji Sato.

Akio Toyoda

Sepanjang di bawah pengurusan cucu kepada pengasas TMC itu, Toyoda mengeluarkan beberapa barisan kenderaan antaranya pasangan kembar Toyota 86/Subaru BRZ, adik beradik GR Yaris/Corolla, Lexus LFA dan mengembalikan semula Supra.

Bagaimana pula dengan penggantinya?, Sato berkata impian hidupnya adalah kebangkitan semula Celica.



Sebelum mengambil alih posisi sebagai pengerusi, Sato merupakan ketua Lexus dan Gazoo Racing.

Beliau memiliki JZA80 Supra dan baru-baru ini membeli AE86 dengan perbatuan 80,000km yang kini dalam proses restorasi.

Sato menyelesaikan tugasnya termasuk meletakkan Toyota di laluan ke arah elektrifikasi dan menjawab pengkritik syarikat perintis hibrid itu kerana lewat menerima EV sepenuhnya. 

Betul atau salah, Toyota memerlukan ubahsuai imej dan Sato adalah lelaki yang dipilih untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa firma itu dalam proses rombakan. 

Koji Sato

Bagaimanapun, catatan Sato di media sosial mencuri perhatian peminat automotif. Sebaik diumum sebagai presiden baharu dia berkongsi impian hidupnya adalah mengembalikan Celica seperti mana dilaporkan beberapa portal Jepun.

Tiada butiran lanjut diberikan dan perkongsian itu menimbulkan persoalan tentang model Celica yang dimaksudkan. Model tujuh generasi itu telah menjalani dua kehidupan- separuh sebagai coupe sukan yang bergaya, separuh lagi raksasa rali AWD (mungkin tiga, jika anda mengambilkira coupe sukan pacuan depan).

Spekulasi industri mengandaikan model itu akan muncul sebagai coupe bateri elektrik yang sporty. Itu pastinya satu bentuk yang menarik, kerana EV masih belum memenuhi ruang yang pernah diduduki oleh kereta seperti Celica, Prelude, Silvia dan banyak lagi.

Selepas Toyoda bersara secara rasmi, beliau akan mengambil peranan yang kurang aktif tetapi masih terlibat sebagai Pengerusi. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here