[Video] Remaja langgar penuntut kolej hingga maut tiada lesen memandu

689

Penuntut kolej kejururawatan maut akibat dilanggar sebuah motosikal yang melanggar lampu isyarat merah di KM75, Jalan Johor Bharu-Ayer Hitam, Kluang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa, Nijha Ilhany, 21, yang menunggang motor Suzuki, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.



Sementara, penunggang Modenas Kriss, Muhammad Azrul Hakimi, 16, parah di kepala dan sedang mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom (HEBHK). 

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dari arah Johor Bahru menghala sebuah pasar raya dilanggar penunggang motosikal dari arah Ayer Hitam ke Johor Bharu.

“Remaja itu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan penunggang Modenas sedang berlumba ketika kejadian, pihaknya sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here