Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang wanita mengisi minyak di luar negara.
Selepas memasukkan nozel ke dalam tangki minyak, pemandu itu masuk semula ke kereta dan duduk dengan pintu terbuka. Kemudian dia melangkah keluar dan mencapai nozel sekali lagi dan kebakaran berlaku hingga menyambar ke leher.
View this post on Instagram
Kejadian itu berlaku kerana aliran elektrik statik. Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain, yang juga dikenali sebagai Pak Cik Shell berkongsi kejadian itu menerusi video reaksi di akaun Instagramnya.
“Kalau boleh elak masuk semula dalam kereta sebab pergeseran pakaian dengan kerusi mungkin hasilkan elektrik statik. Ia mungkin menjadi percikan api bila tangan menghampiri nozel, sentuh tiang untuk hilangkan cas statik.
“Kalau keluar kereta pergi kedai, surau atau tandas tapi lepas tu tak cabut nozel dari kereta is no problem. Tapi kalau ye, discaj statik dulu dgn menyentuh permukaan tiang besi,” tulisnya.
Selain itu, dalam video tersebut Pakcik Shell juga menunjukkan sekiranya berlaku kebakaran, segera tekan butang merah (henti) pada pam minyak.
Discaj statik diperlukan sekiranya anda memasuki semula kereta dan keluar memegang nozel. Jadi adalah perlu melepaskan elektrik statik pada badan dengan menyentuh permukaan logam dengan tangan kosong.