Masalah ECU beg udara: Kempen Servis Khas 1,162 unit Ativa, Alza (562) dan Veloz (201)

839

Semalam, Motoqar melaporkan sebanyak 1,162 unit Perodua Ativa dan 562 unit Alza dipanggil balik susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Informasi berkenaan dikongsi oleh akaun Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Pihak JPJ turut berkongsi senarai model lain yang turut terkesan.



Sehingga artikel ini ditulis, pihak pengeluar masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Berdasarkan tinjaun di grup Facebook Ativa, Alza dan Veloz, komponen yang perlu ganti adalah ECU beg udara.

Kesemua 562 pemilik Alza yang terkesan dikatakan sudahpun dimaklumkan oleh Perodua menerusi surat Kempen Servis Khas. Ada juga pemilik berkongsi telah menukar komponen berkenaan.

Di samping itu, menurut sumber yang boleh dipercayai UMW Toyota Motor sudah mengambil tindakan awal penukaran ECU beg udara bagi Toyota Veloz.

Pihak UMW Toyota Motor telah menghubungi pelanggan yang terkesan. Pemilik kenderaan  boleh menghubungi pusat servis berkaitan bagi menyemak status kenderaan dan servis dilakukan secara percuma.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here