Utama Berita Automotif Polis dalang seludup mercun, guna Toyota Hilux PDRM
Gambar hiasan

Polis dalang seludup mercun, guna Toyota Hilux PDRM

2036
Dua lelaki termasuk seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan mercun melibatkan penggunaan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku pada jam 7.45 petang, Rabu ketika sepasukan anggota risikan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa mengekori sebuah kenderaan Toyota Hilux milik PDRM.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lampu isyarat Wakaf Bata, Machang di sini, anggota polis itu didapati bersama seorang lelaki yang juga mekanik berusia 35 tahun.
 
“Anggota PGA mengekori mereka berikutan kenderaan yang dinaiki dua suspek itu berada dalam keadaan mencurigakan dari Tanah Merah,” katanya.
 
Muhamad Zaki berkata, pemeriksaan lanjut menemui sejumlah mercun dan bunga api di bahagian belakang kenderaan yang keseluruhannya bernilai RM25,000.
 
Tambah beliau, polis juga sedang mengenal pasti sama ada anggota tersebut berada di luar kawasan kerana tugas atau sebaliknya.
 
“Semakan turut mendapati anggota polis itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu manakala mekanik pula mempunyai lima rekod lampau berkaitan narkotik.
 
“Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here