OCH Proton Exora: Bengkel ini kongsi kenapa perlu guna asli bukan kustom

11979
Isu tentang hos penyejuk minyak (OCH) bukanlah baru dalam kalangan pemilik Proton yang mana kerosakkan komponen berkenaan melibatkan model enjin CFE. 
 

Dalam grup Facebook Kelab Pemilik Exora Malaysia, ada saja hantaran pemilik yang mengeluh berdepan dengan masalah OCH pecah. 

Rata-rata pemilik memilih menggunakan OCH alternatif bernilai sehingga RM1,000. Bagaimanapun, Proton tidak mengesyorkan penggunaan OCH kustom.



Ini kerana pembekal OCH alternatif diragui kepakarannya selain tidak mempunyai makmal untuk tujuan uji kaji komponen keluaran mereka dan kebanyakannya menggunakan jenis steel braided. 

Selepas beberapa tahun pelancaran Exora enjin turbo, Proton mengenalpasti berlaku kebocoran OCH yang menggunakan material getah sepenuhnya ketika itu.

TUKAR SETIAP 40,000KM

Susulan kejadian itu, Proton menukar OCH kenderaan yang terjejas menerusi kempen servis dan menukar status hos yang perlu diganti setiap 40,000km. 

Akhir sekali menggunakan hos separuh besi pada 2018 bagi memanjangkan hayat komponen kepada 80,000km dan membolehkan ia lebih bertahan pada suhu dan tekanan yang tinggi.

Bagaimanapun, Proton tidak pernah memperincikan kerosakan yang bakal dihadapi sekiranya menggunakan OCH kustom dalam tempoh panjang.

TEKANAN MINYAK LAMBAT NAIK

Justeru itu, Facebook bengkal baik pulih G Car Care berkongsi hos OCH ibarat bom jangka buat pengguna campro turbo.

“Ada yang custom gunakan besi kebaikan tak pecah tapi kelemahan pressure minyak lambat naik akan boleh rosakkan vvt pully, oil control valve dan bahagian atas engine.

“Cadangan kami buat masa ini gantikan oil cooler hose getah model lama setiap 20,000km.
Untuk Exora turbo kali ini kami gantikan getah oil cooler hose baru, kami gunakan kixx engine clean dan minyak fully synthetic dari kixx untuk laluan minyak masuk ke ruang turbo dan oil pump,” tulisnya. 
 
Menurut Paultan, kos pemasangan OCH oleh G Car Care itu sekitar RM200 hingga RM250 (termasuk upah pasang). Bahkan, mereka turut menawarkan pelan bayaran ansuran buat pemilik.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here