Volvo Car Damage Repair Centre terbesar di Malaysia: Ini keistimewaannya yang anda perlu tahu

513

Volvo Car Malaysia membuka pusat Volvo Car Damage Repair Centre yang terbaharu dan terbesar di Malaysia di Juru, Pulau Pinang.

Pusat servis khas itu dilengkapi sistem moden dan termaju yang selaras dengan teknologi hijau yang terkini. Ia dapat memastikan kerja-kerja baik pulih badan kereta dan cat berada pada kualiti yang tertinggi.



Ia direka bentuk secara moden dan praktikal untuk melengkapi estetik berunsur Scandinavia yang dibawa oleh jenama Volvo bersama sistem termaju yang selaras dengan teknologi hijau terkini. 

Sistem pemeriksaan dan pembaikan kenderaan termaju, Car-O-Liner

Ia adalah sistem penjajaran badan dan casis yang begitu berkuasa dan tepat ini membolehkan juruteknik mengesan segala kerosakan, termasuklah yang mungkin tidak dapat dilihat pada mata kasar.

Dengan Car-O-Liner, kerangka badan kereta yang rosak boleh dijajarkan semula mengikut standard kilang dengan tepat, pantas dan selamat untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Ruang cat yang khusus iaitu bilik adunan PIVAB dan ruang semburan PIVAB

Bilik cat PIVAB menyediakan persekitaran terkawal untuk juruteknik mengadun cat dengan tepat dan konsisten. Ruang semburan PIVAB membantu menyingkirkan wasap dan partikel dari udara dan untuk menyediakan ruang kerja yang lebih selamat dan sihat.

Kedua-dua teknologi ini juga dapar mengurangkan impak terhadap alam sekitar, pada masa yang sama boleh memastikan kualiti cat yang terbaik untuk kereta.

Kedudukan yang strategik di utara Semenanjung Malaysia

Volvo Car Damage Repair Centre dengan kedudukannya yang strategik di utara Semenanjung Malaysia, pusat servis khas di Juru, Pulau Pinang. Ia dipilih kerana ia berhampiran dengan lebuh raya utama. Dengan binaan seluas 40,000 kaki persegi, pusat ini dilengkapi teknologi yang terkini serta para juruteknik yang mahir.

Terletak di Lot 829, Jalan Saga Jaya 3, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Volvo Certified.

Menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas jualan

Sementara itu, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, pembukaan pusat servis khas  yang terbaru dan terbesar menandakan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas jualan yang terunggul kepada pelanggan.

“Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami dan hanya dalam jangka masa setahun, kami sudah membuka tiga pusat servis khas ini. Berharap akan dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa mereka tetap terjaga dengan penjagaan standard antarabangsa Volvo.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here