Kenderaan Volkswagen servis percuma selama 5 tahun, tetapi hanya untuk model ini…

1518

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan penambahan penyelenggaraan percuma selama dua tahun lagi untuk model-model terlarisnya. 

Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line atau Elegance kini akan menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (atau perbatuan sejauh 75,000km, mana-mana tiba dahulu), di samping jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun. Tawaran ini memberikan penjimatan sehingga RM9,600 kepada pelanggan. 



Arteon R-Line nyata garang

Penampilan Arteon R-Line nyata garang dengan rekaan hadapan dan bentuk sebuah fastback. Lampu utama LED dan lampu belakang LED yang sporty menyerlahkan lagi karekternya. 

Ia dipadankan enjin yang berkuasa iaitu enjin 2.0L turbo yang dipadankan dengan kotak gear DSG direct shift klac basah tujuh kelajuan. Enjin itu boleh menghasilkan kuasa sehingga 280PS dan tork 350Nm. Ia menawarkan pecutan mengagumkan dengan kelajuan 100km/j dapat dicapau dalam masa hanya 5.6 saat dari titik pegun, 

Aspek cengkaman dan pengendalian ditambah baik menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION. Walaupun berkuasa, ia masih dapat menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.4l/100km.

SUV berprestasi Volkswagen

Keluarga SUV tujuh tempat duduk Tiguan Allspace sememangnya menawarkan segala ciri yang perlu ada buat sebuah SUV. Ia cukup besar dan menawarkan versatiliti menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk. Ruang but seluas 1,775 liter apabila kerusi baris ketiga dilipat – terbaik dalam segmennya. 

Tiguan Allspace R-Line merupakan SUV berprestasi Volkswagen yang menawarkan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya, terima kasih kepada enjin turbo bersesaran 2.0L. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa mengagumkan 220PS dan tirk 350Nm. Keupayaannya ditingkatkan lagi dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION. 

Satu lagi varian dalam keluarga Tiguan Allspace iaitu Elegance dikuasakan oleh enjin 1.4L turbo yang mampu menjana 150PS dan 250Nm. Ruang dalamannya tidak kurang menarik dengan ciri ketersambungan terbaik seperti Digital Cockpit dan system infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci bersama App-Connect tanpa wayar.

Arteon R-Line 4MOTION ditawarkan pada harga RM276,990 sementara Tiguan R-Line 4MOTION berharag RM235,990. Tiguan Allspace Elegance pula boleh anda miliki pada harga RM188,990.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here