Ramadan disebut sebagai bulan yang diberkati dan dilimpahkan dengan pelbagai rezeki dan keberkatan.
Bahkan pada bulan ini juga ramai yang mengambil peluang berniaga mencari wang tambahan. Ada juga dalam kalangan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga kerana permintaan yang tinggi.
@amirulfazli29 Sekali masuk rm20. Sehari berapa biji kereta masuk untk pergi jalan TAR. Senang2 ja buat duit. #jlntarkualalumpur #tar #axia #axiamerah
Siapa sangka caj parkir turut meningkat di bulan Ramadan ini. Seorang pengguna TikTok @amirulfazli29 berkongsi perlu membayar sebanyak RM20 di sebuah parkir di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).
“Sekali masuk parking RM20. Senang buat penjaga parking Jalan TAR ni. Sapa pernah kena juga.
“Sehari berapa biji kereta masuk untk pergi jalan TAR. Senang-senang ja buat duit,” tulisnya.
Ada juga netizen menyatakan ruangan parkir tersebut merupakan tanah persendirian. Netizen turut berkongsi sebelumnya parkir tersebut hanya mengenakan bayaran RM7.
“Kalo bukan bulan puasa RM7 jea,” tulis FendiAris.
“Nak buat cam ne, tanah persendirian. Cas parking kat dlm mall pun pbt tak da hak nak tetapkan harga,” kongsi JohnLabu.
Seorang pengguna TikTok SyafiqHaizal berkongsi sebelumnya dia hanya membayar RM12.
Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok berkongsi parkir alternatif lebih murah di Semua House.
“Korg masuk dkt SEMUA HOUSE (mall yg dah tutup tu) parking dia pakai tng.. cashless rm4 je. ramai xtawu byk parking kosong.. turun lif terus jln tar,” tulisnya.
Seorang pengguna TikTok SyafiqHaizal berkongsi sebelumnya dia pergi hanya membayar RM12.