Pencuci pinggan pergi kerja naik kereta Bentley

580

Baru-baru ini, seorang pencuci pinggan di Sichuan, China tular gara-gara dihantar ke restoran menggunakan sebuah Bentley Mulsanne setiap hari. 

Bagaimanapun, wanita itu bukanlah kekurangan duit melainkan bosan duduk di rumah dan tidak lengkap harinya jika tidak mencuci pinggan dalam sehari.



Walaupun penampilannya seperti biasa, wanita pencuci pinggan ini sebenarnya adalah jutawan berprofil rendah. 

“Saya bekerja bukan hanya untuk mendapatkan wang, tetapi kerana saya terlalu bosan di rumah dan berasa tidak selesa jika saya tidak mencuci pinggan dalam sehari,” katanya. 

Dia mengakui Bentley yang dinaikinya adalah milik anak perempuannya yang bertanggungjawab memandunya pergi dan balik kerja setiap hari.

Anak perempuannya berat hati membenarkan ibunya bekerja, kerana itulah dia menghantar dan menjemputya setiap hari.

Selain itu, pemilik restoran juga awalnya ragu-ragu dengan wanita berkenaan. Selepas memerhatinya, dia seorang pekerja cemerlang dan rakan sekerja memujinya kerana mudah didekati. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here