#TunggangUji: Ducati Monster 937 (2021), agresif dan berdaya saing

1552

Ducati Monster 937 (2021) bukan motosikal bishe-bishe. Penampilannya agresif dan merupakan saingan di pasaran tempatan bagi yang sama kelas dengannya.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menguji Monster 937 setelahhampir 13 tahun tidak menunggang uji jenama Itali ini. 

REKA BENTUK

Mata penulis tertumpu pada reka bentuk dan kedudukan enjin Monster. Sedikit pelik  Ducati tidak mengekalkan casis ikonik trellis pada model ini. Bagaimanapun, versi baharu ini lebih segar dan bentuk badannya lebih kecil dan padat. 



Ketinggian pelana juga lebih rendah jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Adakah ini salah satu strategi jualan di peringkat Asia?, mengambilkira ketinggian rider benua ini yang kecil molek. 

Apapun, perubahan ini merupakan bonus bagi mereka yang memiliki tinggi 158 cm ke bawah. Penunggang wanita mungkin merupakan sasaran utama model Monster 937.

PENGENDALIAN

Ketika pertama kali menunggang Monster, penulis dapati rentak enjin dan gaya tunggangan model ini masih mengekalkan identiti ‘Monster’.

Walaupun prestasi dan keterampilan berbeza, ia mudah dikendalikan dan dikawal. Selama ini, sembang kedai kopi yang menyatakan Ducati Monster 937 adalah liar dan sukar dikendalikan ternyata meleset. 

Naked bike ideal buat pelbagai peringkat rider sama ada wanita mahupun lelaki, otai mahupun anak muda.  Tambahan berat badan hanyalah 166kg. 

Berat badan lebih ringan itu disumbangkan oleh aluminium komposit bahagian atas yang lebih ringan. Sekaligus lebih ringan 18kg berbanding model sebelumnya. 

Selain itu, pusingan hendal juga agak luas yang hasil rekaan semula sub kerangka, rim, dan swingarm. Ini memudahkan kawalan ketika menyelit di trafik sesak sekaligus ergonomik. 

Paling ketara ialah kedudukan pelana dan hendal didekatkan yang kurang memberi bebanan pada pergelangan tangan lalu disokong dengan posisi penunggang yang tegak. 

Ia megurangkan keletihan dan menyumbang kepada kawalan lebih baik serta meyakinkan.

Enjin

Ducati Monster 937 dbekalkan dengan enjin 90 darjah V-Twin. Padanan enjin baharu 937cc L-Twin Testastretta 11 sama seperti Ducati SuperSport, Multistrada 950 dan Hypermotard 950.  Ia mampu menghasilkan 111 hp @ 9,250rpm dan tork 93Nm @ 6,500rpm.

Tork yang cukup kuat mengingatkan kepada penulis, model ini bukan sewenang-wenangnya untuk terus ditunggang tanpa kenalinya.

Penunggangnya haruslah khatam setiap komponen dan rentak Monster 937 sebelum menunggang secara agresif. 

Apa yang penulis boleh katakan Monster 937 sebuah jentera yang bertenaga dengan lontaran kuasa enjin yang cukup drastik.

Teknologi tinggi

Berbekal instrumen Eletronik serba terkini. Antaranya ABS Cornering,Traction Control,Wheelie Control,Mod, Smart power Mod. 

Bukan boleh dianggap enteng dengan segala sistem yang terhidang pada model ini. Serta bukan suatu masa yang singkat untuk menghafal kesemua instrumen berkenaan. 

Setiap komponen berkenaan perlu diuji sebelum memulakan  perjalanan. Dapat dirasakan perbezaan setiap kali penukaran komponen-komponen tersebut.

Antaranya mempengaruhi pengendalian,pecutan dan gaya tunggangan. DQS(Ducati Quick Shift) Up/Down jelas memudahkan penukaran gear disamping menjimatkan masa sewaktu penukaran gear tanpa perlu menarik klac. Paling ketara sistem berkenaan mempengaruhi enjin Braking serta meningkatkan daya pecutan.

Pujian harus diberikan kepada jurutera enjin Ducati . Kenyataan tersebut disokong melalui Penerapan Sistem Power Mod. Penunggang boleh memilih lontaran kuasa enjin mengikut kesesuaian menunggang. 

Dapat dirasakan karekter sporty pada monster 937 apabila ianya diperkemaskan dengan Launch Control atau ringkasnya enjin boleh dihidupkan dengan pantas.

Bagi mereka yang suka menunggang jarak jauh, usah risau model Ducati Monster 937 tidak akan memenatkan anda.

Penulis buktikan dengan mengujinya sejauh 825km.  Harga yang tidak masuk akal dengan pelbagai komponen mutakhir masih boleh dianggap murah. 

Tawaran harga RM69,900 dianggap munasabah. 

Kesimpulannya setelah menguji selama 3 hari, penulis boleh kategorikan Ducati Monster 937 adalah Naked Bike berprestij.

Kepada Anda yang berminat ini pesanan penulis “Tidak Rugi Memiliki, Menyesal Tidak Membeli”.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here