Pemuda cedera parah, motor ditunggang jatuh gaung

524
Seorang lelaki patah kaki kiri selepas motosikal yang ditunggang jatuh ke dalam gaung di Jalan Sungai Tua, menghala ke Selayang, Hulu Selangor, Selangor, semalam.
 
Komander Operasi, PBK II KUP Harashid Rusli berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada jam 8.23 pagi. 
 
“Kemalangan melibatkan Yahama LC yang ditunggang lelaki berumur 28 tahun terbabas dan terjatuh ke dalam gaung dengan anggaran kedalaman 7 meter.
 
“Anggota Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bersama sebuah jentera FRT dengan keanggotaan seramai 7 orang,” jelasnya.
 
Pihak bomba menjalankan kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa daripada gaung menggunakan stretcher.
 
Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Selayang dengan menaiki ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here