Pasukan Sime Darby Racing: Porsche 911 GT3 Cup bercorak batik yang dipandu perlumba muda negara!

492

Porsche Malaysia memperkenalkan Pasukan Sime Darby Racing, yang dijadualkan membuat kemunculan pertamanya di Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023.

Pasukan itu bekerjasama dengan Earl Bamber Motorsport (EBM) yang mana mempertaruhkan pelumba muda Malaysia, Nazim Azman yang akan memandu jentera pasukan itu. 

Kerjasama strategik antara EBM dan Porsche Malaysia ini bakal membantu meletakkan pelumba muda tempatan ini ditengah-tengah persada dunia Porsche Motorsport.



Ia bakal menggunakan kereta 911 GT3 Cup yang dihiasi dengan corak batik kebanggaan negara dan akan bersaing dalam kategori PCCA PRO.

Musim Porsche Carrera Cup Asia ke-20 bakal merentasi benua itu sekali lagi pada 2023. Selepas dua musim perlumbaannya hanya tertumpu di China. 

Malaysia diberi penghormatan untuk membuka tirai perlumbaan 2023. Ia seterusnya akan bersambung di Korea, Jepun, Thailand, Singapura sebelum berakhir di pangkalan Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China. 

Lebih downforce

Siri one-make menetapkan standard teknikal sama untuk semua pasukan. Porsche GT3 Cup generasi ke tujuh ini dibina berasaskan kepada 992-generation 911. Ia membawakan lebih downforce dan teknologi berbanding sebelum ini untuk prestasi yang lebih baik. 

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, penyertaan dalam Porsche Carrera Cup Asia tahun ini menggariskan komitmen kami terhadap DNA sukan pemotoran Porsche sejak sekian lama.

“Porsche Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan program pemanduan trek pelanggan. Kami mempunyai sejarah yang panjang dengan Earl Bamber di atas trek. 

“Kami yakin dengan prestasi kami untuk musim yang akan datang ini. Terutama sekali dengan adanya kerjasama mantap daripada Earl Bamber Motorsport dan Nazim,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga berbesar hati kerana dapat terus menyokong bakat teknikal muda tempatan dengan pemindahan ilmu menerusi kerjasama Porsche Motorsport Asia Pacific bagi meningkatkan lagi kepakaran teknikal mereka dalam sukan pemotoran.

Sementara itu, Pengarah Urusan Porsche Motorsport Asia Pasifik, Alexandre Gibot berkata, pihaknya gembira kerana dapat membawakan pelumba Porcshe yang bersemangat dari segenap rantau untuk bersama-sama dalam Porsche Carrera Cup Asian musim baharu ini. 

Pada masa sama Nazim berkata, memandangkan ini adalah kali pertama dia berlumba menggunakan kereta GT semusim penuh dan percaya bahawa peluang itu akan meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuannya dalam perlumbaan GT. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan atas sokongan yang diberikan dan saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam perlumbaan akan datang,” katanya.

Perlumbaan musim akan dibuka di Litar Antarabangsa Sepang untuk pusingan 1 dan 2 pada 28 hingga 30 April 2023. 

Siri ini kemudiannya akan menjelajah ke seluruh rantau Asia sebelum kembali ke Malaysia. Bagi pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos 2023.

Galari Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here