Rai perceraian, lelaki hiasai Subaru Outback dengan pelekat ‘baru bercerai…

658

Seorang lelaki di Britain meraikan pengakhiran perkahwinannya bersama bekas isteri dengan memandu kereta yang dihiasi pelekat ‘Baru bercerai’.

Dia memandu kereta ‘Just Divorced’ itu sekitar Dartford, dan mendakwa perpisahan itu berlaku secara damai.



Angus Kennedy, 58, berpisah dengan bekas isteri Sophie Kennedy, 47 dan memutuskan mahu meraikan kehidupan bujang dengan mengubahsuai Subaru miliknya. 

Di samping, dia ingin meningkatkan kesedaran tentang proses perceraian yang boleh diraikan dan bukannya dengan kesedihan. 

“Saya dan Sophie masih berkawan – hubungan itu terputus. Tetapi tidak ada permusuhan.

“Perintah terakhir dibuat pada Januari jadi saya fikir menghias kereta akan menjadi cara yang lucu untuk meraikannya,” jelasnya. 

Kennedy dan bekas isterinya mempunyai lima anak berusia antara 11 hingga 23 tahun. Mereka juga masih tinggal berdekatan antara satu sama lain dan berkongsi hak penjagaan.

Bagi meraikan kehidupan solo, Kennedy memandu sekitar bandar dan menjemput anak bongsunya dari tinju dengan Subaru Outback (2004) tersebut.

Dia menulis perkataan seperti “kebebasan” dan “hon jika anda bujang.”

Kennedy juga mereka bentuk dan menempah pelekat ‘Just Divorced’ yang diletakkan di but dan melekatkan mawar dan reben palsu pada bonet. Dia juga menulis buku tentang cara mencari pasangan baharu selepas bertahun-tahun menjalin hubungan.

“Anda perlu mengasihi diri sendiri sebelum mengharapkan seseorang menyayangi anda”, akuinya (sambil merujuk kepada hiasan keretanya),” jelasnya.

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here