[Video] Mat rempit redah sawah elak dicekup polis

386

Cubaan sekumpulan remaja meloloskan diri daripada polis dengan meredah sawah berlumpur gagal apabila diberkas dalam operasi samseng jalanan di Kampung Charuk Kudung, Pendang, petang kelmarin. 

Dalam operasi bermula jam 6.30 petang itu, pihak berkuasa menahan 62 buah motosikal dan membuat pemeriksaan kira-kira 90 individu berumur antara 11 hingga 22 tahun. 

@777hanturimba530

polis dan masyarakat berpisah tiada…polis dan orang kampung ligan mat rempit.sampi ke dalam bendang padi..#fypage #fypage #fypage #fypage #fypage #fypage

♬ bunyi asal – HANTU RIMBA🟥🟨🟥 – HANTU RIMBA🟥🟨🟥



Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, operasi dijalankan apabila menerima aduan penduduk berkaitan kehadiran sekumpulan motor yang membuat bising dengan bunyi enjin kuat pada setiap petang.

“Ops dijalankan dengan kekuatan seramai seorang pegawai dan 10 anggota. Terdapat individu yang cuba melarikan diri dengan melalui jalan ban dan merentasi sawah bendang untuk meloloskan diri tetapi berjaya ditahan.

“Kesemua mereka dibawa ke Balai Trafik Pendang untuk pemeriksaan lanjut dan diserah kepada waris dan pemilik kenderaan masing-masing,” jelasnya.

Dalam operasi itu, 102 saman dikeluarkan kepada penunggang dan pembonceng atas pelbagai kesalahan antaranya tidak pakai topi keledar, tiada lesen memandu, ubahsuai struktur kenderaan, penunggang bawah umur dan juga ubah suai ekzos.

Sebanyak tujuh buah motor disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here