Daihatsu tipu ujian perlanggaran Perodua Axia

1392

Daihatsu, anak syarikat Toyota membuat pengakuan memanipulasi keputusan ujian kemalangan ke atas 88,000 kereta yang dikeluarkan di Thailand dan Malaysia dan dijual dalam tempoh setahun lalu.

Isu itu melibatkan model Toyota iaitu Yaris Ativ dan Agya serta Perodua Axia yang dikeluarkan oleh usahasama dengan Malaysia dan sebuah lagi kenderaan yang dibangunkan Daihatsu.



Ia dijual di Thailand, Malaysia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Indonesia dan Mexico, kata Daihatsu pada Jumaat.

Kereta itu mempunyai komponen dalam kemasan pintu semasa ujian perlanggaran yang mungkin mempengaruhi keputusan dan berbeza dengan model akhir yang dijual kepada pelanggan.

Ujian akan dijalankan semula dan jualan akan disambung jika kenderaan itu diperakui secara betul, kata pembuat kereta itu.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada pelanggan dan pihak berkepentingan yang kepercayaan dan sokongan mereka telah kami khianati,” kata Presiden Daihatsu Soichiro Okudaira.

Model Toyota yang terjejas sudah menjalani ujian keselamatan dalaman sejak Khamis dan didapati tidak mempunyai masalah, kata Pengerusi Toyota, Akio Toyoda ketika taklimat berasingan pada petang Jumaat dengan Ketua Eksekutif, Koji Sato.

“Kejadian ini melibatkan kereta yang dijual di bawah jenama Toyota, oleh itu ia bukan sahaja memberi kesan kepada Daihatsu tetapi juga Toyota.

“Kami akan menyiasat perkara itu untuk mengenalpasti punca, memastikan keselamatan pemandu dan mengelak ia berulang,” kata Toyoda.

Daihatsu menjual Perodua Axia dengan syarikat Malaysia pada Februari tahun ini. Agya adalah satu lagi model jenama Toyota yang pengeluarannya dijadualkan bermula di Indonesia pada bulan Jun.

Tiada ujian palsu dijalankan untuk model yang dijual di Jepun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here