UMW Toyota Motor beri jaminan Vios serba baharu mematuhi semua peraturan keselamatan

645

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa penjualan Toyota Vios serba baharu akan diteruskan kerana tiada masalah dengan standard keselamatan dan kualiti kenderaan berkenaan.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa Toyota Vios serba baharu mematuhi semua peraturan keselamatan dan tiada kompromi terhadap kualiti kenderaan.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Daihatsu Co Ltd. pada 28 April 2023 yang mengumumkan ‘ketidakteraturan prosedur’ pada ujian empat model, satunya termasuk Toyota Vios serba baharu.



Ujian seterusnya sudah mengesahkan bahawa kenderaan itu memenuhi pensijilan UN-R95 dan tidak ada keperluan untuk Toyota Vios ditarik balik kerana jualan kenderaan itu berterusan tanpa gangguan.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan dan kami ingin memastikan semua orang tentang keselamatan dan kualiti kenderaan kami. 

“Komitmen kami terhadap keselamatan pelanggan kami sentiasa dan kekal sebagai keutamaan kami,” kata Ravindran.

Sebelum ini, Daihatsu, anak syarikat Toyota membuat pengakuan memanipulasi keputusan ujian kemalangan ke atas 88,000 kereta yang dikeluarkan di Thailand dan Malaysia dan dijual dalam tempoh setahun lalu.

Isu itu melibatkan model Toyota iaitu Yaris Ativ dan Agya serta Perodua Axia yang dikeluarkan oleh usahasama dengan Malaysia dan sebuah lagi kenderaan yang dibangunkan Daihatsu. Klik di sini untuk baca lanjut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here