Proton memperkenalkan Proton X50 R3 Concept di Malaysia Autoshow (2023), MAEPS, Serdang.
Model Ulangtahun Edisi Terhad ke-20 R3 itu didatangkan dengan aksesori R3 pada model 1.5 TGDI Flagship.
Kit badan yang didatangkan merangkumi:
• Aerokit R3
• Grafik jalur bonet R3
• Logo R3 pada gril radiator
• Lencana Ulangtahun Edisi Terhad ke-20 R3
• Karpet lantai 3D R3
• Rim R3 hitam berkilat bersaiz 18 inci
• Angkup brek berwarna kuning
Selain itu, badan SUV tersebut disembur dengan car hitam kusam bersama kemasan kuning pada gril depan, skirting sisi, depan dan belakang. Pemasangan spoiler belakang kemasan gentian karbon menjadikan SUV itu lebih sporty.
Hanya terhad 200 unit, Proton X50 R3 Concept dijual pada harga RM113,000 yang mana RM10,000 lebih mahal berbanding X50 1.5 TGDI Flagship.
Di samping itu, ia juga lebih ringan 10kg berbanding model biasa dan tempahan model tersebut sudah dibuka.