Proton membuka tempahan SUV serba baharu X90 sejak 8 April lalu dan pelanggan yang yang berminat bolehlah membuat tempahan melalui cawangan Proton 3S dan 4S.
Bakal dilancarkan Ahad ini oleh Perdana Menteri Malaysia, menurut sumber pihak Proton sudah menerima tempahan lebih daripada 1,000 unit.
Bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan tempahan varian tertinggi. Untuk makluman, pasaran Malaysia menerima empat pilihan varian Proton X90 iaitu:
- Standard, Executive, Premium (7-kerusi)
- Flagship (6-kerusi)
Rangkaian kuasa X90 menggunakan sistem EMS 48V dan enjin 1.5L TGDi yang memberikan output gabungan 190PS dan 300Nm. EMS 48V menyediakan dorongan tambahan 13PS dan 45Nm, menjadikannya pilihan yang kuat namun ekonomis untuk pakej SUV tiga baris.
Ia menerima penghargaan di pasaran seperti China dan Filipina, dan dipasangkan dengan transmisi dual-clutch 7-speed yang cepat dan dioptimalkan untuk sistem baru, menghasilkan pengalaman mengemudi yang dinamis, mantap, dan halus.
Rangkaian kuasa itu, memberi penjimatan bahan api sehingga 15 peratus berbanding enjin 1.5 TGDi.