TC Subaru memperkenalkan versi facelift Subaru Forester (2023) ke pasaran tempatan. Ada empat varian ditawarkan iaitu:
- Forester 2.0 i-L EyeSight: RM173,500
- Forester 2.0 i-L EyeSight GT Lite: RM179,500
- Forester 2.0 i-S EyeSight: RM183,500
- Forester 2.0 i-S EyeSight GT Edition: RM195,500
Berikut antara perubahan yang didatangkan pada Subaru Forester:
-
Unit lampu utama serba baharu yang lebih tajam, diiikuti dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang agresif
-
Gril depan lebih besar
- Rim aloi 17 inci bagi varian i-L EyeSight dan GT Lite Forester
- EyeSight 4.0 yang dikemaskini dengan tiga ciri baharu iaitu Autonomous Emergency Steering, Lane Centering Function dan Lane Departure Prevention. Sementara ciri Pre-Collision Braking dan Adaptive Cruise Control turut dinaiktaraf
- Talaan semula suspensi
Selain itu, ciri peralatan yang ditawarkan pada kabin Forester adalah skrin sentuh bersaiz 8-inci, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera 360 darjah, brek parkir elektronik dengan fungsi auto hold dan sistem pendingin hawa dua zon.
Janakuasa pula masih sama mempertaruhkan FB20 2.0 liter empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa 156PS @ 6,000 rpm dan tork 196Nm @ 4,000 rpm bersama transmisi Lineartronic CVT.