Malaysia Autoshow 2023: Chery Malaysia tawar model CKD OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro, bakal lancar Julai ini

587

Chery Malaysia melakukan perjanjian dengan Inokom Corporation Sdn Bhd bagi pemasangan tempatan model OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro di fasiliti pengeluaran Inokom di Kulim, Kedah. 

Pengarah Negara Chery Malaysia, Leo Chen berkata, Inokom adalah rakan niaga yang sesuai bagi Chery dalam misi untuk bertapak di Malaysia dan menawarkan kenderaan berteknologi tinggi, berkualiti tinggi dan bergaya kepada pengguna Malaysia.



Menurutntya, pengeluaran Chery dijadualkan bermula pada Jun dengan kapasiti permulaan 20,000 unit setahun, menjelang pelancaran serentak OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro yang bakal diadakan pada Julai. 

“Seperti yang telah kami lakukan dengan jayanya di banyak pasaran lain, Chery ingin melokalisasikan operasinya di Malaysia sejauh mungkin.

“Kami percaya ini akan membawa kami lebih dekat dengan pengguna Malaysia untuk memahami sepenuhnya keperluan dan kehendak mereka, selain menyumbang kepada ekonomi negara melalui pemindahan teknologi serta penciptaan pekerjaan dan peluang strategik,” katanya.

Dengan golongan muda serta global sebagai terasnya, OMODA 5 menarik perhatian ramai rakyat Malaysia kerana bahasa reka bentuk ‘Art in Motion’ yang futuristik dan teknologi pintarnya, termasuk Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dan skrin berkembar yang luas,

Tiggo 8 Pro disasarkan kepada usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi, sentuhan premium serta versatiliti tujuh tempat duduk. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here