Great Wall Motor (GWM) memperkenalkan tiga model baharu yang dinanti-nantikan membabitkan CANNON, HAVAL H6 dan HAVAL JOLION sempena Malaysia Autoshow 2023.
Semua model itu adalah sebahagian daripada barisan Intelligent NEV (Kenderaan Tenaga Baharu) GWM yang menampilkan teknologi canggih dengan reka bentuk terkini.
GWM CANNON
Ia adalah model trak pikap diiktiraf secara meluas di seluruh dunia kerana reka bentuk teguh dan bergaya, bahagian luar yang lasak dengan dalaman yang halus serta prestasi yang luar biasa.
GWM Cannon menjadi juara jualan selama 25 tahun berturut-turut dan menyumbang 70 peratus daripada jumlah volum eksport di China.
Ia menggunakan enjin turbo 2.0 liter dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Selain itu, dilengkapi sistem pemanduan autonomi Tahap 2.
GWM HAVAL H6
HAVAL H6 yang diperkenalkan kali ini adalah model generasi ketiga. Ia kereta paling popular di China selaku kereta nombor satu yang dijual selama 100 bulan secara terkumpul dengan 4 juta unit terjual di seluruh dunia.
Tampil dengan gril hadapan, lampu brek tengah dan gaya badan yang anggun membuatkan kenderaan ini kelihatan menarik dan elegan.
Haval H6 dibina dengan sistem keselamatan, teknologi, ekonomi dan reka bentuk yang anggun, menjadikannya kenderaan yang sempurna untuk keluarga.
Didatangkan dengan enjin 1.5 Turbo Hybrid yang menghasilkan 243 PS dan tork setinggi 530 Nm.
GWM HAVAL JOLION HEV HIBRID
SUV mesra alam itu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih baik dan penjimatan bahan api.
Enjin hibrid 1.5 liter pengecas turbo dan sistem Transmisi Hibrid Terdedikasi (DHT), memberikan kecekapan dan prestasi tinggi dengan gabungan output 139kW dan 375Nm tork.
Ruang dalaman yang berteknologi tinggi dengan padanan Skrin Sentuh Pintar 12.3-inci dengan sokongan untuk Apple CarPlay dan Android Auto, dan instrumen maya 7-inci yang memberikan maklumat pemanduan yang tepat dan jelas.
Direka bentuk untuk memastikan keselamatan dan keselesaan, sekali gus menjadikan SUV itu bergaya dan praktikal untuk pemanduan bandar dan jarak jauh.
TAWARAN MENARIK ORA GOOD CAT
Pada masa sama, ORA GOOD CAT warna putih mempamerkan rupa sporty yang tidak pernah dilihat sebelum ini sambil dihias kit hiasan kereta tambahan di Malaysia Autoshow 2023.
GWM Malaysia turut menawarkan pakej terbaik semasa acara selama 4 hari itu dengan pelanggan yang membeli ORA GOOD CAT sebelum 7 Mei 2023 akan menikmati pemasangan pintu belakang kuasa elektrik percuma bernilai lebih RM2,000, dan caj kredit bernilai RM1,000.
Tawaran yang kedua kekal sebagai tawaran yang sah buat pembelian selewat-lewatnya pada 31 Mei 2023.
Mereka yang mahu membeli ORA GOOD CAT selepas acara tersebut boleh menikmati pakej jualan Purr-fect yang berterusan, termasuk pengecas rumah percuma, program jaminan lanjutan dan banyak lagi. Pakej yang tiada tandingan ini merangkumi:
● Pengecas rumah dan mudah alih percuma
● Waranti selama 8 tahun / 180,000KM untuk bateri kuasa, motor elektrik dan unit
kawalan motor
● Waranti kenderaan 5 tahun / 150,000KM
● 5 kali servis buruh percuma (penyelenggaraan perkhidmatan) tanpa surcaj.