Seorang YouTuber India maut di Lebuhraya Yamuna ketika cuba mencapai kelajuan 300kmj menggunakan Kawasaki Ninja ZX-10R.
Insiden itu berlaku Rabu lalu apabila Agastay Chauhan dalam perjalanan dari Agra ke Delhi. Video ujian tersebut dirakam untuk saluran Youtube miliknya.
View this post on Instagram
Agastay maut selepas dia hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Helmetnya pecah kepada serpihan kecil dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan kepala.
Agastay memiliki saluran YouTube ‘Pro Rider 1000’ dengan 1.28 juta pengikut. Dalam video terakhir yang dimuatnaik, Agastay berkata dia menuju ke Delhi bagi menguji kelajuan superbike tersebut.
“Saya akan membawanya ke 300 kmj dan melihat sama ada ia boleh melebihi itu,” katanya.
Kawasaki Ninja ZX-10R didatangkan dengan enjin empat sebaris yang menghasilkan kuasa 200PS dan tork 115Nm dengan berat 207kg. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3 saat manakala 0-200kmj hampir 10 saat.
Ini menjadikan jentera itu merbahaya ditunggang di jalan raya awam walaupun rider berpengalaman.