Suzuki telah memperkenalkan model Sport Tourer terbaharu yang cukup padu dan jitu.
Model GSX-S 1000GT telah berada dipasaran negara kita bermula tahun 2022.
Kemunculan model berkenaan menjadi perbualan hangat dikalangan peminat motosikal Sport Tourer di Malaysia.
Motoqar diberi peluang menunggang uji Suzuki GSX-S 1000GT baru-baru ini.Melihatkan rekabentuk motosikal ini, jelas majoriti sudut tajam begitu ketara. Mungkin ianya direka bagi memudahkan laluan angin dan kawalan yang fleksibel bagi penunggang.
REKABENTUK :
Suzuki GSX-S 1000GT mengingatkan kita pada model Kawasaki Z1000 SX. Namun model GSX-S 1000GT ternyata amat sofsikated dalam segmen motosikal ‘Sports Tourer’.
Diselimuti fairing penuh. Majoriti bentuk badan berbentuk tajam. Dipadankan dengan visor angin yang bersesuaian demi mengurangkan tamparan angin sewaktu memecut.
Ergonomik menjadi asas utama pada model ini. Kedudukan penunggang pada motosikal ini dikategorikan “Duduk Dalam Motosikal”.
Ini berdasarkan kedudukan tempat duduk penunggang agak ke bawah sementara tangki minyak sedikit keatas melebihi paras pusat penunggang.
Situasi ini akan mengurangkan bebanan kepada pergelangan tangan. Hasilnya penunggang mampu mengawal motosikal sewaktu menunggang dalam apa jua keadaan.
Berita gembira buat mereka yang selalu mengembara dengan pasangan. Tempat duduk belakang agak lebar dan luas. Kotak atau pannier box turut terhidang pada model ini.
Jarak selesa bagi penunggang dan pembonceng begitu ketara, sementara kotak(pannier Box) tidak menggangu kedua belah kaki pembonceng.
INSTRUMEN:
Instrumen yang terdapat pada Suzuki GSX-S 1000GT adalah terkini dan sofsikated. Dikategorikan cukup mewah bagi sebuah motosikal “Sports Tourer.”
Cukup teruja apabila melihatkan paparan skrin TFT 6.5 inci tersergam depan mata. Pelbagai panduan boleh kita lihat sewaktu menunggang.
Dikabarkan ianya juga boleh dipautkan kepada telefon pintar serta mempunyai akses kawalan navigasi,panggilan masuk dan musik.
Juga terpampang pada TFT meter pelbagai sistem yang tersedia pada model ini. Tinggal pilih dan tukar sahaja mengikut kesesuaian.
Latarbelakang TFT ini akan berubah apabila berada dikawasan gelap atau menunggang pada waktu malam. Jadi usah terkejut secara tiba-tiba TFT bertukar warna.
.Lampu yang dibekalkan adalah LED sepenuhnya.
Teknoloji Terkini :
Sewaktu menguji motosikal GSX-S 1000GT, kami dapati ianya adalah sebuah “Sport Tourer” yang lengkap.
Kenyataannya pelbagai Sistem eletronik berteknoloji tinggi terhidang pada model ini.Jelas Suzuki tidak mudah mengalah dalam pembinaan motosikal moden.
Model ini dilengkapi dengan pakej Eletronik SIRS Suzuki.
1) Sistem Throttle Eletronik Ride-by-Wire:-
Buat mereka yang baru berjinak dengan motosikal yang mempunyai sistem sebegini, perlulah banyakkan praktikal.
Ini kerana tindakbalas dari pendikit(Throttle) yang menggunakan Sistem Ride-By-Wire responnya cukup drastik dan secara automatik lontaran kuasa motosikal menjadi begitu agresif.
2) Sistem Kawalan Traksi Suzuki (STCS-Suzuki Traction Control System):-
Sistem ini bukanlah baharu buat penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara kita. Paling mudah kita sebut iaitu Traction Control.
Sistem yang mengawal tayar belakang dan membantu kembalikan cengkaman tayar belakang sewaktu tergelincir.
3) Quick Shifter Up/Down:-
Mutakhir majoriti motosikal Suzuki dilengkapkan dengan Sistem Quick Shifter dua hala.
Hakikatnya kehadiran Quick Shifter pada jenama Suzuki telah berjaya membunuh tanggapan peminat dua roda terhadap kelemahan enjin braking jenama ini.
Hasil ujian yang dilakukan sememangnya menyokong kuat kenyataan tersebut.
Dapat dirasakan enjin braking yang cukup kuat disaat penukaran dari gear tinggi kepada gear rendah secara mengejut.
Fakta ini secara automatik menghapuskan tanggapan peminat 2 roda selama ini tentang prestasi motosikal Suzuki yang sinonim dengan tiada enjin braking.
4) Mod Tunggangan(SDMS):-
Terdapat 3 mod tunggangan iaitu Active,Basic dan Comfort. Sistem ini yang paling seronok ketika HK menguji model GSX-S 1000GT.
Ini setiap penukaran mod dilakukan, dapat dirasakan lontaran kuasa enjin yang dihasilkan ketara perbezaannya.
Mod Active(A) adalah mod yang cukup effisien bagi kaki pecut. Dibandingkan dengam Mod Basic(B) dan Mod Comfort(C).
Mod Active(A) menegeluarkan 100 peratus tenaga dan kuasa yang ada pada enjin motosikal berkenaan.
Terasa begitu lembut kuasa enjin yang dilontarkan dan tanpa disedari terpampang di TFT kelajuan telah mencapai sehingga 200km/j.
Hebat sememangnya padu dan jitu sistem SDMS yang tersedia pada model ini. Boleh dikatakan Trenkuasa Suzuki GSX-S 1000GT sama seperti sebuah Superbike.
5) Sistem Keselamatan:-
Suzuki GSX-S 1000GT dibekalkan dengan Dwi Cakera Brembo didepan dan Kaliper Nissin di belakang. Rim Aliminium 17 inci dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70(depan) dan 190/50 (belakang)
6) Speksifikasi:-
Enjin 4 lejang Inline Four 999cc.
DOHC penyejukan cecair.
Fuel Injection
150hp Tork 107Nm
Transmisi 6 kelajuan
Tinggi Pelana 810mm
Berat Kerb 226kg
Tangki Petrol 19 liter
Suspensi Fork terbalik(USD) KYB dan Monoshock di belakang
Warna :-
Terdapat 3 warna :-
Metallic Troton Blue (biru cerah)
Metallic Reflective Blue (biru gelap)
Glass Sparkle Black (hitam)
Kesimpulannya setelah menguji model Suzuki GSX-S 1000GT, kami dapati model ini menepati sasaran bagi mereka yang suka mengembara. enjin Suzuki GSX-S 100GT juga bersesuaian dengan cuaca dan jalanraya negara kita.