Malaysia Autoshow 2023: Suzuki V-Strom 1050DE dengan ciri baharu, harga bermula RM88,800

680

Suzuki Malaysia melancarkan model baharu series V-Strom 1050 DE untuk pasaran Malaysia.

Jentera itu menerapkan rekaan jentera lumba ‘lejen’ Paris Dakar DR-Z dengan bentuk tajam, sekali gus tampak lebih agresif.

Ia adalah motosikal touring berkapasiti enjin paling besar dalam keluarga V-Storm buat setakat ini. Selain itu, ia sebagai pengganti model sebelum ini V-Strom 1050 XT.



Ini ciri-ciri yang ada pada Suzuki V-Strom 1050 DE 

  • Dilengkapi dengan semua lampu LED bahagian hadapan, belakang dan lampu isyarat.
  • Menerima LCD TFT bersaiz 5-inci di mana ia berfungsi untuk memaparkan Speedometer, Tachometer, Riding Range, Cruise control setting, Cruise control resume speed, Hill hold control setting dan banyak lagi.
  • Selain itu, tachometer juga berfungsi sebagai penunjuk rpm yang boleh diprogramkan sementara skrin LCD turut akan memaparkan amaran secara pop-up.
  • Tetapan lain termasuklah penukaran manual atau automatik untuk mod paparan siang (putih) dan malam (hitam) bagi membolehkan penunggang mudah untuk melihat paparan.
  • Rim aloi aluminium 21-inci hadapan dengan mempunyai tiub, manakala tanpa tiub dengan 17-inci di belakang). Rim berkenaan dibalut dengan tayar Dunlop Trailmax Mixtour.
  • Dipasang visor angin depan 50mm berwarna gelap dan direka untuk memaksimumkan keselesaan ketika menunggang.
  • Ekslusif untuk pasaran Malaysia sahaja, V-STROM 1050DE didatangkan dengan tempat duduk lebih rendah iaitu 850mm, 30mm lebih rendah berbanding standard, 880mm.
  • Aksesori standard yang dimuatkan pada model ini adalah seperti port-pengecas USB, soket DC 12V dan pelindung enjin (engine guard).
  • V-Strom 1050DE menerima Suzuki Intelligent Ride System yang terdiri daripada sistem elektronik terkini Suzuki, termasuk Suzuki Drive Mod Selector (SDMS), Sistem Kawalan Pelayaran, Sistem anjakan pantas dwi-arah, Ride-by-wire, Sistem kawalan daya tarikan dan Sistem permulaan mudah
  • Prestasinya V-STROM 1050DE dijanakan enjin V-twin 1037cc, menghasilkan 106hp dan tork 100Nm. Ia turut dilengkapi tangki minyak berkapasiti 20 liter.
  • Sistem brek pula terdiri daripada 4-piston Tokico dan dipadankan bersama dwi-cakera 310mm selain hadir bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) serta Combination Brake Systems.

V-STROM 1050DE bakal berada di pasaran bermula 15 Mei 2023 dengan pilihan dua warna Champion Yellow/Metallic Mat Sword atau Glass Sparkle Black/Metallic Mat Black. Suzuki juga menawarkan waranti penuh selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana terlebih dahulu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here