Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu berkata akan membantu Proton mengeluarkan sekurangnya seunit model Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) setiap tahun.
Ini mengambilkira 5,000 kakitangan Proton dalam bidang NEV bagi tempoh 5-tahun lagi.
“Kami akan membantu dan menyokong Proton dengan teknologi, produk baharu serta perniagaan model baharu.
“Ini akan menjadikan Proton sebagai pendahulu NEV di negara Asean dan membangunkan ekologi NEV baharu di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran Proton X90.