Seorang maut, bas persiaran bawa pelancong kemalangan di LPT 2

620

Seorang maut manakala sembilan cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 31 penumpang terlibat dalam kemalangan di KM375, Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran susur keluar Bukit Besi, Besut. 

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Baharum Mohamad Hasim berkata, kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada jam 5.16 pagi.



Menurutnya, bas persiaran itu sedang dalam perjalanan membawa sejumlah pelancong ke lokasi peranginan terkenal, Pulau Redang, Kuala Nerus.

“Bas persiaran itu difahamkan telah hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan lebuh raya,” katanya.

Baharum berkata, setakat ini, seorang penumpang telah disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu mengalami cedera parah.

Tambah beliau, enam lagi penumpang bas persiaran tersebut juga mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Dungun di sini. Mereka yang cedera dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here