Tunggu 8-bulan dapat Alza AV, lepas 2-jam kereta terlibat kemalangan

1347
Tempoh menunggu Perodua Alza mengambil masa sehingga lapan bulan. Masih ramai pelanggan yang membuat tempahan tahun lalu menunggu penghantaran MPV berkenaan.
 
Bagaimanapun, lain pula yang berlaku pada pemilik Perodua Alza varian AV ini. Penantian selama 8-bulan berakhir dengan kisah duka selepas dua jam memandu MPV tersebut.
 
 
Pemilik akaun Facebook Ea Sya berkongsi pengalaman berkenaan di grup Facebook Perodua Alza D27A Malaysia.
 
Menurutnya, MPV berkenaan diambil di Kuala Lumpur dan ketika perjalanan pulang ke Johor Bahru sebuah kereta melanggar bahagian belakang Alza berkenaan.
 
“Malang tak berbau..Kegembiraan Kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami.
 
 

“Kereta baru amik dari KL balik otw ke JB , 2-jam drive sudah kene langgar dari belakang.

Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza 8-bulan pakai dua jam sudah kena langgar,” tulisnya. 
 
Kejadian berlaku berhampiran rehat dan rawat Seremban Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). 

Akibat hentaman yang kuat kedua-dua beg udara bahagian depan meletup.

“Kena langgar dengan penghalang jalan sebab kereta dari belakang laju betul, rasa sedih terkilan trauma semua ada,” tulisnya di ruangan komen. 



 
 
Masih trauma dengan kejadian itu, Ea Sya berkongsi serpihan cermin belakang yang pecah jatuh di atas kepala anaknya yang baring di kerusi barisan ketiga ketika kejadian.
 
Berkaitan tuntutan insurans ‘total lost’, pemilik Alza berkenaan memberitahu sudah berurusan dengan pihak Perodua. Bagaimanapun, pihak berkaitan ingin membaikpulih kerosakan pada Alza tersebut.
 
 
“Entahlah, haritu call Perodua, dia cakap kami pihak Perodua kalau boleh nak betulkan.
 
“Bila dengar camtu, kami sedih, sebab kami dapat rasa 2-jam je dan bukan salah kami.  Kalau betulkn sekalipun bagi kami kalau pakai memang dah tak sedap,” tulisnya. 
 
Menerusi gambar yang dikongsi boleh dilihat, bahagian depan dan belakang Alza berkenaan remuk selain cermin belakang dan lampu depan yang pecah. 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here