Volvo Car Malaysia tawar rangkaian penuh Pure Electric di platform ‘Online Sales’

310

Selepas kejayaan pelancaran platform ‘Online Sales’, Volvo Car Malaysia meneruskan inisiatif menjual kereta secara terus dengan menawarkan rangkaian penuh model Pure Electric kepada pelanggan.

Platform ‘Online Sales’ membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang lancar melalui beberapa ciri utama seperti: 

  • Pelanggan kini boleh berurusan terus dengan Volvo Car Malaysia melalui platform ‘Online Sales’
  • Platform ini membolehkan pelanggan membuat pembelian kereta Volvo idaman mereka melalui kaedah pembayaran yang selamat
  • Melalui platform tersebut, pelanggan yang berminat juga dapat melihat ketersediaan stok dan harga dengan lebih jelas
  • Platform terbabit memberikan pelanggan pengalaman pemesanan kereta Volvo yang selamat dan mudah

Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric kini tersedia melalui platform e-dagang tersebut, membolehkan pelanggan untuk membuat tempahan dan pembayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web rasmi syarikat tersebut di www.volvocars.com/my. 



Menariknya, bermula  1 Mei sehingga 30 Jun, Volvo Car Malaysia menawarkan promosi untuk semua model kereta mereka. Pelanggan yang mendaftarkan kereta Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric tempoh itu, bakal menikmati baucar pengexas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 dan Insuran Volvo Car untuk tahun pertama secara percuma.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here