Sempenea Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur nanti, RS Auto Accessories akan mempersembahkan Toyota GR Yaris Pandem pertama di Malaysia.
GR Yaris Pandem itu akan menjadi satu daripada 14 kenderaan tempatan yang menarik yang akan dikeluarkan oleh RS Auto Accessories.
Fakta Toyota GR Yaris Pandem yang anda perlu ketahui:
- Tampil kit badan lebar yang sebanyak 200mm di bahagian hadapan dan belakang
- Kit itu dilengkapi lip dan diffuser depan
- Canard sisi
- Skirt sisi
- Aksesori tambahan pada ruang tayar depan dan belakang
- Spoiler belakang
- Saluran bampar belakang
- Set tayar offset negatif Ray 21C 18 inci dibalut dengan tayar RE 71RS Bridgestone Potenza
- GR roll-cage penuh
Bagi prestasinya pula, kuasanya mampu ditingkatkan ke 500bhp selepas menggunakan Kit turbo GT Auto, MOTEC ecu dan venture intake.
Untuk makluman anda, RS Auto Accessories yang beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang, mengkhusus dalam penalaan dan kit badan untuk kedua-dua model Jepun dan Continental, selain menjadi pengedar untuk Varis, Boost Logic dan Brabus antara jenama lain, sejak 2009.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur bakal berlangsung bulan depan lebih tepat bermula 9 Jun di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).