Seorang wanita berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah adiknya mengenai sebuah insiden melibatkan motosikal Yamaha 125ZR yang terpatah dua selepas melanggar bonggol.
Menerusi perkongsian Lynn AR di akaun TikTok miliknya, adiknya yang sudah terbiasa pulang kerja memeriksa rakaman CCTV di rumah mereka terkejut apabila melihat insiden tersebut.
@utusantvofficial Agak² 125 jatuh harga tak lepas nie 😁. 📽 lynnar78 (23/5/23). #batangkali #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #yamaha #125zr
“Berlaku betul-betul depan rumah adik aku time (semasa) dia pergi kerja. Dia selalu periksa CCTV setiap kali balik rumah. Tak sangka ada kejadian ini,” katanya.
Tambah Lynn, dia berharap penunggang motosikal dapat mengambil iktibar kejadian ini.
“Semoga yang terlibat tak cedera serius. Pengajaran untuk semua penunggang motosikal. Periksa dulu sebelum bawa. Mujur tak ada kenderaan lain dekat depan atau belakang motosikal,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai kejadian ini.
“Aduhai kesiannya. Nasib baik tak berlaku di jalan yang sesak. Harap tak terbeli yang sambung ‘welding’. Kesian ‘brother’ tu,” ujar Mohd Hafiz Pakdo.