Motor kena tarik, rider minta pelanggan batalkan pesanan

640

Seorang penghantar makanan mendakwa motosikalnya ‘ditarik’ sebelum sempat menyelesaikan pesanan pelanggan.

Kisah itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Hanis Hadi yang juga pelanggan rider berkenaan.



Hanis berkongsi tangkap layar mesej rider tersebut yang memintanya membatalkan pesanan menerusi satu aplikasi.

“Abang, batalkan pesanan saya bang, motor saya kena tarik,” balas penghantar makanan tersebut selepas Hanis memintanya meletakkan pesanan berkenaan pada pintu.

Jelas Hanis situasi berkenaan jarang sekali berlaku pada dirinya namun mendoakan urusan penghantar makanan itu dipermudahkan.

Pada ruangan komen, rata-rata netizen prihatin dengan keadaan rider berkenaan bahkan meminta Hanis berkongsi nombor telefon bagi menghulurkan bantuan.

Ada juga yang bertanya adakah motor rider itu ditarik kerana tidak membayar ansuran bulanan atau meletakkan motor di kawasan tidak dibenarkan.

“Tak sure la ustaz sama ada kena tarik sebab ansuran sangkut atau parking. Tapi saya expect mungkin sangkut bulanan..kalau salah, baguslahkan,” jawabnya pada ruangan komen.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here