Proton Satria GTi (2003) ingin dilepaskan, harga RM45k

1651

Pengendalian oleh Lotus, enjin oleh Mitsubishi, tempat duduk oleh Recaro. Ini adalah hatchback Proton yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sayangnya model yang ingin dijual itu berada di United Kingdom (UK) yang dimuatnaik di platform jualan kenderaan dan komuniti automotif PistonHeads UK.



Proton Satria GTi keluaran tahun 2003 tersebut ingin dilepaskan pada harga GBP7,895 (RM45,110) berbanding harga jualan ketika diperkenalkan iaitu GBP14,500 (RM82,850).

Satria GTi juga antara model terbaik pernah dihasilkan Proton serta merupakan kereta pertama Proton yang menerima talaan Lotus pada suspensi dan pengendalian. 

Selain itu, hatchback itu juga model pertama menggunakan lencana ‘Handling by Lotus’ di pintu but belakang.

 

Janakuasa pula diambil daripada enjin Mitsubishi Lancer GSR iaitu 1.8-liter DOHC tanpa turbo yang menghasilkan kuasa 140hp @ 6,000rpm dan tork 121 @ 5,500rpm.

Padanan transmisi manual 5-kelajuan membolehkan jentera tersebut memecut daripada 0-100kmj dalam tempoh 7.8 saat.

Proton Satria GTi berwarna perak metalik itu merupakan satu daripada 53 unit yang ada di UK. Hanya merekodkan perbatuan 90, 123km, Satria GTi ini masih dalam kondisi bagus yang menyerlahkan aura sporty. 

Roda aloi 16-inci, spoiler belakang dan lencana GTI yang berani menambah pesona keseluruhan kereta dan menekankan sifat berorientasi prestasi.

Masuk ke dalam Proton Satria GTi, anda akan temui kokpit berfokuskan pemandu yang direka untuk meningkatkan pemanduan. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here