Vandalisme perusuh Perancis, billionaire Arab Saudi mahu jual kapal layar- harga RM552 juta

708

Billionaire Arab Saudi, Fahad Mohammed Saleh Al Athel ingin menjual kapal layar miliknya akibat perbuatan vandalisme perusuh Perancis.

Ketika musim panas, kapal layar yang dinamakan Elements itu bersiar di Mediterranean. Ketika berlabuh di Nice, Perancis, kumpulan perusuh melemparkan sampah dan cat merah pada kapal mewah tersebut.



Kapal layar berkenaan berada di tempat dan waktu yang salah sehingga berdepan dengan protes dan rusuhan rakyat Perancis.

KAPAL LAYAR DISENARAIKAN UNTUK DIJUAL

Elements dengan panjang 262 kaki itu dibangunkan pada 2018 oleh Yachtley. Bahagian kabin pula mendapat sentuhan Cristiano Gatto Design dan penggayaan badan luaran oleh Alpha Marine.

Kapal layar itu disenaraikan untuk jualan pada harga buka USD120 juta (RM552 juta). Pada laman web Yacht Charter Fleet memaparkan harga sewa mingguan kapal itu adalah EUR800,000 (RM3.9 juta) pada musim panas atau sejuk.

Bahagian dalam Elements cukup glamor yang boleh memuatkan sehingga 24 tetamu menerusi tawaran 12 bilik.

Suite utama boleh menjadi apartmen keluarga dengan saiz yang cukup luas sekiranya kabin VIP ditingkat yang sama ditukar. Ia lengkap dengan jakuzi, bar, pawagam dan pejabat.

Bilik utama itu dilengkapi dek panorama dengan jakuzi dan helipad. Ruang makan di dek membolehkan pemilik menikmati ketenangan lautan selama berjam-jam.

Hiasan dalaman menjadi lebih glamor hasil penggunaan bahan mewah seperti panel dinding onyx dan lantai marmar dengan perabot mahal.

Kapal layar empat tingkat itu mampu memuatkan sehingga 24 tetamu dan lima kabin berkembar boleh menempatkan 25 anak kapal pada satu masa.  

Dua platform berenang yang besar membolehkan akses mudah ke laut. Selain itu, kapal layar bermotor itu turut menyediakan ruangan spa, mandian turki dan bar.

PRESTASI

Kapal layar itu menggunakan enjin berkembar MTU (3,000hp) dengan kelajuan maksimum 18 knot. Ia mampu berlayar sehingga 10,000 batu nautika dengan tangki minyak 270,000 liter pada 12 knot.

SIAPA FAHAD MOHAMMED

Fahad Mohammed Saleh Al Athel

Ahli perniagaan, Fahad Mohammed, 75 memiliki kekayaan dengan nilai bersih USD 2.2 bilion (RM10 bilion) yang merupakan pengasas FAL Holdings. Lulusan Arab Saudi dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portland State itu mempunyai pelaburan dalam penjagaan kesihatan, teknologi dan hartanah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here