Honda Elevate melakukan debut global di India dan tempahan model itu akan dibuka Julai depan.
Pesaing Hyundai Creta itu dijual pada harga bermula daripada INR 10.50 lakh (RM58,500) hingga INR 20 lakh (RM111,423).
Panjang SUV itu adalah 4,312mm, lebar (1,790mm) dan tinggi (1,650mm) serta jarak kelegaan tanah 220mm bersama jarak roda 2,650mm.
Penampilan Honda Elevate diserlahkan menerusi gril rekaan signatur Honda di depan dan lampu utama LED, rim aloi 17-inci dan lampu belakang LED bersama bumbung suria elektrik.
Masuk ke kabin, Elevate didatangkan dengan skrin multi-info TFT resolusi tinggi bersaiz 7-inci yang memaparkan maklumat trip meter, kecekapan bahan api, suhu luar dan G-Meter.
Sistem infotainmen 10.25-inci In-Plane Switching (IPS) HD dilengkapi dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Paling utama, SUV tersebut didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing Advanced Driver Assistance System (ADAS).
Berikut ciri peralatan yang ditawarkan pada Honda Elevate:
- Bumbung suria
- Lipatan kerusi belakang 60/40 dan penuh
- Pengecas telefon tanpa wayar
- Walk away auto-lock
- Outlet 12 volt penumpang depan/belakang
- Corong pendingin hawa belakang
- Honda Connect
- Saiz but 458 liter
Honda Elevate dilengkapi dengan enjin 1.5-liter i-VTEC DOHC yang menghasilkan kuasa 121PS dan tork 145Nm. Honda menawarkan dua pilihan kotak gear iaitu manual 6-kelajuan dan CVT 7-kelajuan.
Menggunakan konsep ‘Urban Freestyler’, Elevate merupakan SUV pertama antara lima model SUV premium yang bakal lancar menjelang 2030 di India.