Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel: Harga bermula RM248,888, beza RM11,000 berbanding 3.0L V6!

832

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, akhirnya melancarkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu yang menawarkan satu lagi pilihan enjin untuk peminat Raptor di negara ini.

Kini terdapat varian enin diesel 2.0 liter untuk Ranger Raptor generasi baharu selain varian enjin petrol 3.0 liter EcoBoost V6 yang sedia ada.



Ranger Raptor 2.0L. Bi-Turbo Diesel generasi menawarkan 210PS pada 3,750 rpm dan tork 500Nm pada 1,750-2,000 pm. Enjin itu dipadankan transmisi e-shifter automatik 10-kelajuan baharu. 

Apa yang bagusnya, varian 2.0L Bi-Turbo Diesel menawarkan penggunaan bahan api yang kompetitif sebanyak 8.2L/100km. Selain harga cukai jalan yang lebih murah berbanding versi Petrol.

Direka untuk sepadan dengan varian V6, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu menampilkan casis yang sama. la termasuk C-pillar, ruang muatan dan tayar simpanan, serta rangka unik untuk penyerap hentakan jounce, shock tower dan galas hentakan belakang, semua digabungkan untuk memastikan Ranger Raptor generasi baharu dapat menangani keadaan off-road yang mencabar.

la juga menampilkan penyerap hentakan FOX Internal Bypass 2.5 inci baharu di bahagian hadapan, penghubung Watt yang disempurnakan di bahagian belakang, dan sistem pemacu empat roda canggih dengan kotak transmisi dua kelajuan yang dikawal secara elektronik, bersama dengan rear locking differentials.

Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu juga dilengkapi dengan Kawalan Bottom-Out oleh FOX dan plat bash keluli kuat berketebalan 2.3mm, bersama dengan under shield dan transfer case shield. Juga terdapat tow hooks berkembar di hadapan dan belakang untuk pemulihan yang fleksibel, serta tali penyeimbang untuk pemulihan regangan di pasir dalam atau lumpur tebal.

Sama seperti varian V6, ia juga menawarkan Terrain Management System yang dikemas kini dengan tujuh mod pemanduan boleh pilih, tetapi tanpa sistem ekzos aktif. Tujuh mod pemanduan tersebut adalah Normal, Sport, Slippery, Rock Crawl, Sand, Mud/Ruts dan Baja.

Setiap mod pemanduan yang boleh dipilih membantu menyesuaikan banyak elemen – dari enjin dan transmisi hingga kepekaan dan kalibrasi ABS, kawalan daya cengkaman dan kestabilan, stereng, tindak balas throttle, dan juga paparan kluster instrumen dan sentuhan pusat – semau untuk sepadan dengan keadaan jalan.

Selain itu, sistem anti-lag dalam mod Baja membolehkan pemandu memulakan pecutan lebih cepat selepas liku atau antara gear dengan mengekalkan putaran turbin selama tiga saat selepas ia melepaskan throttle.

Selain dari decal “Raptor” pada Ranger Raptor V6 generasi baharu, pemilik Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan menikmati reka bentuk luar serba baharu.

Ciri-ciri utama termasuk lengkungan roda, huruf F-O-R-D yang menonjol di gril, bumper yang dipisahkan dari gril, dan lampu hadapan LED Matrix dengan lampu siang hari LED gaya C-clamp tersendiri. Reka bentuk tayar aloi 17 inci yang mantap diliputi dengan tayar BFGoodrich® all-terrain

Ruang kabin digital Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu sama seperti Rapto V6, termasuk Kluster instrumen diaital 12.4 inci dan skin tengah 12 inci dengan sistem infotainmen SYNC@ 4A Ford dan penyambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Ciri-ciri dalaman standard lain termasuk sistem bunyi Bang & Olufsen® dengan lapan pembesar suara, empat port pengecas USB, pengecas Qi tapa wayar, soket 12 volt, dan kamera 360 darjah.

Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel menawarkan rangkaian ciri keselamatan aktif dan sistem bantuan pemandu terkini yang ditingkatkan seperti varian V6. Ini termasuk tujuh beg udara, Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan Lane Centering, lampu kecemasan, sistem maklumat titik buta (BLIS) dan High Beam Assist, Reverse Brake Assist, Evasive Steer Assist dan amaran Rear Cross- Traffic.

Untuk memiliki trak pikap yang menarik ini, ia dijual bermula RM248,888. Jika Raptor 3.0 L V6 pula, ia dijual bermula RM259,888. Ia juga dilengkapi dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 160,000 km, yang mana dahulu. Pelanggan juga boleh memilih untuk memanjangkan tempoh jaminan sehingga tujuh tahun melalui pakej jaminan PremiumCare.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here