- Mercedes-AMG EQS: bermula dari RM798,888
- Mercedes-AMG EQE: bermula dari RM648,888
Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+
-
Sedan berprestasi ini didatangkan dengan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa 658hp dan tork 950Nm. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 220kmj.
-
Pakej AMG Dynamic Plus pula menghasilkan kuasa hingga 761hp dan tork 1,020Nm menerusi mod RACE START. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.
-
Mercedes-Benz memilih kapasiti bateri 108.4kWh yang mana dengan sekali cas penuh mampu menawarkan pemanduan 513 hingga 571km (data WLTP).
-
Penggunaan pengecasan pantas 200kW membolehkan isian bateri dalam tempoh 19 minit dengan perbatuan 300km. Manakala cas AC 11kW pula memerlukan masa 11 jam 15 minit bagi isian bateri penuh.
-
Bagi memanjangkan jangka hayat bateri lithium-ion 400 volt dan mengurangkan beban, tersedia fungsi ECO Charging.
- Bahagian kabin didominasi perincian AMG melalui sulaman lencana prestasi pada tempat duduk kulit nappa dan stereng AMG dengan gentian karbon dan mikrofiber MICROCUT yang memberikan cengkaman yang baik semasa memandu.
- AMG EQS dilengkapi dengan MBUX Hyperscreen yang inovatif. Unit skrin besar melengkung ini memanjang daripada tiang A bahagian kanan hingga kiri.
- AMG TRACK PACE, jurutera perlumbaan maya adalah sebahagian daripada sistem infotainmen MBUX dan merekodkan lebih daripada 80 data khusus kenderaan secara kekal (misalnya kelajuan, pecutan).
- Ciri keselamatan yang didatangkan adala pakej Driving Assistance Plus, bantuan kekal lorong aktif, sistem PRE-SAFE, kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif, bantuan stereng aktif dan bantuan pergerakan evasif.
- Sedan elektrik AMG ini dibezakan menerusi gril acah Panamericana, logo AMG, bampar depan sporty, rim aloi AMG bersaiz 21-inci dan spoiler belakang.
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+
- Dua motor elektrik menghasilkan kuasa 625hp dan tork 950Nm yang mana pecutan dari 0-100 kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.5 saat.
-
Pakej AMG Dynamic PLUS meningkatkan kuasa hingga 687hp dan tork 1,020Nm manakala pecutan 0-100kmj boleh dicapai dalam tempoh 3.3 saat sahaja.
-
Isian penuh bateri 90.6 kWh membolehkan ia mencapai perbatuan 458 hingga 527km.
-
Menggunakan pengecasan pantas DC 200kW hanya mengambil masa 32 minit bagi isian bateri 10 hingga 80 peratus. Cas AC 11kW pula memerlukan tempoh 9 jam 15 minit untuk isian bateri penuh.
-
Luaran EQE 53 4MATIC+ didatangkan dengan kemasan AMG misalnya rim aloi ringan AMG bersaiz 21-inci, spoiler AMG, pakej AMG Night, serta gril hitam spesifik AMG.
-
Kabin pula diserlahkan dengan tempat duduk kemasan kulit Artico AMG, kemasan jahitan merah, logo AMG, roda stereng AMG Performance, pedal sport AMG dan kemasan gentian karbon.